Bola Sepak Semasa Terkini

Devan kredit persembahan pemain NSFC


Penyerang import NSFC, Akono (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan lawan.

Oleh Mohd Fahmi Ismail

SELURUH pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) mendapat pujian berikutan kemenangan bermakna ke atas Selangor FC 2, dalam saingan Liga Premier malam tadi.

Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, NSFC memperagakan aksi terbaik walaupun berdepan serangan bertubi-tubi daripada tuan rumah.

“Kita berjaya menang dan ia satu perlawanan sukar bagi kita kerana bermain waktu petang. Ditambah pasukan ini rata-rata terdiri pemain muda.

“Separuh masa pertama, kita bermain lebih baik berbanding pasukan Selangor FC 2.

“Selepas Selangor FC 2 jaringkan gol penyamaan mereka bertambah baik . Kita hanya bertahan sehinggalah pada separuh kedua di minit akhir kita  hasilkan gol. Kita dapat dua peluang menjaringkan gol,” katanya selepas perlawanan.

Mengulas kedudukan Zaquan Adha yang tidak diturunkan, Devan berkata pada perlawanan akan datang boleh disenaraikan.

Sementara itu, pengendali Selangor FC 2, Michael Feichtenbeiner kecewa dengan keputusan akhir yang terpaksa dilihat mereka pada aksi kedua Liga Premier.

“Kami tetap terbaik sekalipun tewas. Saya hanya kecewa dengan keputusan bukan persembahan pemain.

“Saya tak salahkan pemain dan harap mereka akan belajar daripada ini (kekalahan),” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: