SELANGOR FC bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dengan semangat dan motivasi tinggi menentang Terengganu selepas kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang FC, Sabtu lalu.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel menyifatkan TFC merupakan pasukan yang bagus dan mempunyai beberapa pemain yang merbahaya namun pemain Gergasi Merah berada di tahap motivasi yang terbaik untuk meneruskan momentum kemenangan.
“TFC merupakan pasukan yang bermain dengan banyak bertukar-tukar hantaran untuk mencipta peluang gol dan mereka juga mempunyai pemain individual yang sangat teknikal dan merbahaya seperti Makan Konate dan bekas pemain Selangor, Faiz Nasir. Saya suka gaya permainan mereka.
“Secara keseluruhannya, TFC mempunyai koleksi barisan pemain yang menarik,” jelasnya dipetik menerusi Selangorfc.com.
Mengulas aksi malam ini, Nietzel memaklumkan telah menjalani sesi video individual dan taktikal untuk perlawanan malam ini.
“Saya dan barisan jurulatih telah melihat dan menilai para pemain di setiap sesi latihan, sebelum, semasa dan selepas perlawanan menentang Sri Pahang FC minggu lalu.
“Saya yakin mereka mempunyai tahap motivasi yang tinggi dalam pasukan dan diri sendiri untuk mendapatkan 3 mata seterusnya,” tegas pengendali dari Jerman ini.
Add Comment