Antarabangsa Bola Sepak

Red Devils Raja Manchester


Pemain United beramai-ramai meraikan gol Shaw.

MANCHESTER United berjaya memenangi aksi derbi Manchester kedua musim ini dengan keputusan meyakinkan 2-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad pagi tadi.

The Red Devils di depan seawal minit kedua menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes selepas Anthony Martial dijatuhkan Gabriel Jesus.

Luke Shaw menjadikan kedudukan United semakin selesa dengan menyudahkan gol pada minit ke-50 dan kekal hingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini, United menghentikan rentetan kemenangan City dalam semua pertandingan, sekaligus melebarkan rekod tidak dikalahkan mereka aksi tempat lawan EPL selama lebih dari satu tahun.

Namun, The Citizens masih unggul mendahului carta liga dengan kelebihan 11 mata berbanding United.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: