Badminton

ROSLIN CABAR PEMAIN BAWA PULANG GELARAN DARI SWITZERLAND

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

ROSLIN HASHIM

TANPA penyertaan ramai pemain handalan dunia di Terbuka Switzerland yang bermula di Basel esok, Roslin Hashim mencabar skuad negara untuk pulang dengan membawa gelaran.

Bagi bekas pemain nombor satu dunia itu, ketiadaan pemain handalan dari China, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun, perlu dimanfaatkan skuad negara untuk dijadikan pencetus keyakinan bagi kejohanan-kejohanan seterusnya.

“Tanpa kehadiran ramai pemain handalan dunia yang lebih fokus kepada All England, saya rasa cabaran ini bukan terlalu tinggi untuk mereka,” katanya kepada CAKAPSUKAN.

DI Terbuka Switzerland, barisan utama negara diletakkan dalam senarai antara dua pilihan teratas dalam empat kategori kecuali perseorangan wanita.

Lee Zii Jia diletakkan sebagai pilihan kedua perseorangan lelaki dengan halangan sukar pastinya daripada pilihan utama yang juga pemain nombor satu dunia, Viktor Axelson.

Gandingan Aaron-Wooi Yik pula tampil sebagai pilihan utama beregu lelaki manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean adalah pilihan kedua beregu wanita di belakang pasangan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Peng Soon-Liu Ying diletakkan sebagai pilihan utama bagi kategori beregu campuran.

Pasangan professional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula diletakkan sebagai pilihan utama bagi kategori beregu campuran.

“Kalau nanti ada orang mengatakan bolehlah menang sebab tiada pemain utama, bagi saya itu tidak penting.

“Lebih baik menang walaupun tanpa lawan yang kuat kerana kejuaraan tetap kejuaraan. Ini pastinya lebih baik daripada pulang tanpa apa-apa ketika persaingan dianggap mudah,” tegasnya.

Menurut Roslin, beregu utama lelaki dan wanita khususnya perlu memastikan tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka hanya akan beraksi di Terbuka Switzerland sahaja.

“Oleh kerana hanya satu kejohanan yang disertai berbanding rakan sepasukan yang lain, mereka tiada alasan selain mengerah segala tenaga untuk memastikan kejayaan,” kata Roslin.

Sebelum ini, Aaron- Wooi Yik dan Mei Kuan-Meng Yean memilih hanya menyertai Terbuka Switzerland, sekali gus mengetepikan All England yang bermula dari 17-21 Mac.

Alasan yang diberikan adalah All England tidak menawarkan mata Olimpik, selain bimbang dengan keadaan pandemik Covid 19 yang agak buruk di United Kingdom.

Bagi Mei Kuan-Meng Yean, mereka tiada dalam senarai asal ke All England tetapi diberi pilihan sama ada untuk ke kejohanan di Birmingham itu.

Ini berikutan penundaan kejohanan yang menawarkan mata Olimpik yang sepatutnya disertai mereka iaitu Terbuka Jerman dari 9-14 Mac.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: