Badminton

Madrid tempang hadapi Atalanta

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Real Madrid berdepan Atalanta dengan dihantui krisis kecederaan.

TONI Kroos memberi amaran kepada Real Madrid supaya untuk bertahan dengan baik ketika melawan Atalanta, awal pagi esok.

Apa yang dikatakan Kroos ada benarnya apabila skuad La Dea kerap menghasilkan gol.

Pertembungan Pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Atleti Azzurri d’Italia nanti adalah pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam sejarah.

“Ini final bagi kami. Liga Juara-Juara bermula dari sekarang. Kami tahu ini pertandingan yang sukar.

“Mereka lawan yang hebat dan mereka bermain bagus. Kami harus mengawal permainan mereka dengan bola. Kami mampu melakukan sesuatu secara terbuka, tetapi juga harus bertahan dengan baik,” tegasnya dipetik dari Marca.

Madrid berkunjung ke Bergamo dengan skuad tempang apabila sembilan pemain dilanda kecederaan iaitu Sergio Ramos, Dani Carvajal, Rodrygo Goes, Fede Valverde, Alvaro Odriozola, Daniel Carvajal, Eden Hazard, Marcelo, dan Eder Militao.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: