Hoki

KHM lantik Kevin Nunis Ketua Jurulatih Program Khas Akar Umbi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) mengumumkan perlantikan Kevin Nunis iaitu seorang ikon dalam sukan hoki di Malaysia selaku Ketua Jurulatih Program Khas Akar Umbi.

Nunis akan dibantu oleh Penolong Jurulatih yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan, Nabil Fikri Mohd Noor.

Perkembangan ini diumumkan Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal dalam sidang media semalam.

“Pemilihan Kevin Nunis selaku Ketua Jurulatih adalah kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang pembangunan, bekerjasama rapat dengan anak-anak muda serta beliau merupakan bekas pemain kebangsaan dan salah seorang ikon dalam sukan hoki.

“Nabil dipilih selepas menjalani beberapa proses pemilihan selain beliau juga secara peribadi seorang yang cukup komited, merupakan pemain cukup tegas di luar dan di dalam padang, seseorang yang bersemangat tinggi serta minatnya dalam sukan hoki begitu tinggi,” ujarnya.

Subahan juga mengumumkan penubuhan satu Pusat Latihan Program Khas Akar Umbi yang akan berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di mana ia merupakan salah satu projek di bawah Program Pembangunan Hoki Kebangsaan KHM-MSN-KPM (NHDP).

Program yang dijalankan secara percuma itu dijangka akan bermula pada awal Mac selepas mendapat kelulusan kerajaan Malaysia dan ianya terbuka kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah selain mensasarkan penyertaan daripada seluruh Malaysia.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: