Lain-Lain Terkini

MSN jamin kesihatan 1,000 atlet dan pegawai


 

Skuad Projek FAM / MSN melapor diri di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kg. Pandan.

 

Oleh : Mohd Fitrie Muhamad

ATLET negara yang ditempatkan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dijamin berada pada tahap terbaik dan tidak timbul sebarang isu berbangkit pada ketika ini mengenai soal kesihatan mereka.

Ketika ini, terdapat lebih dari 1000 atlet dan jurulatih termasuk pegawai dan anggota MSN dan ISN malahan kesemua mereka sudah pun menjalani ujian swab ketika mula-mula tiba di MSN. Pengasingan dan Ujian SWAB ulangan juga dilakukan sekiranya terdapat atlit atau jurulatih yang dikenalpasti sebagai kontak rapat kepada mana-mana kes positif sebelum mereka menjejakkan kaki ke pusat-pusat latihan kuarantin kita.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata kepada CAKAPSUKAN, pihaknya dengan kerjasama Institut Sukan Negara sentiasa bersedia dengan langkah yang sewajarnya jika terdapat terdapat sebarang kemungkinan. Pihak kita juga bekerjasama rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah menangani sebarang kemungkinan khususnya membabitkan penularan jangkitan Covid-19.

“Mereka sudah jalani ujian dan ketika ini mereka boleh dikatakan seperti berada dalam kawasan kawalan ketat di mana mereka tidak dibenar keluar daripada kawasan MSN dan tidak boleh menerima sebarang kunjungan dari luar.

“Sebarang kiriman atau penghantaran dari luar akan dipastikan terkawal penghantarannya malahan dipastikan bersih dari sebarang kemungkinan jangkitan.

“Bagi sebarang kes kontak rapat, atlet terbabit akan menjalani tempoh pengasingan di Komplek Sukan Paralimpik Kg Pandan dan melalui ujian swab sekali lagi. Selepas itu, jika disahkan negatif, baru mereka akan kembali ke pusat-pusat latihan masing-masing,” katanya.

Segala langkah dan prosedur operasi standard (SOP) sudah pun ditetapkan kepada atlet dan jurulatih malah segalanya berjalan dengan baik sejak mula diberi kebenaran menjalani latihan berpusat secara “Quarantine Based Approach “ pada bulan Jun 2020 yang lalu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shapawi bertegas pihaknya tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana atlet yang didapati cuba keluar daripada kawasan ditetapkan.

Bagaimanapun, Ahmad Shapawi yakin yang atlet sedar tanggungjawab mereka dan tahu menjaga keselamatan masing-masing.

“Setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan tiada lagi laporan perlanggaran peraturan. Kalau ada sesiapa yang melanggar peraturan khususnya yang boleh menyebabkan kemungkinan jangkitan Covid-19 yang tidak sepatutnya berlaku, tindakan tegas akan diambil bagi mengelakkan mereka menjangkiti rakan-rakan atlit yang lain.

“Lebih baik kita ketepikan mereka daripada ianya terus merisikokan kumpulan lebih besar,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading