
WALAUPUN ketinggalan, Leicester City bangkit dan merobek gawang Liverpool tiga kali dalam masa tujuh minit!
Nasib buruk Liverpool belum berakhir ketika berkunjung ke kubu Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.
Sempat di depan menerusi gol sepakan Mohamed Salah, The Reds harus akui tunduk kecewa pada penghujung permainan.
The Foxes berjaya mengucar-kacirkan pertahanan pasukan pelawat tiga kali menerusi James Maddison, Jamie Vardy dan Harvey Barnes dalam masa tujuh minit.
Keputusan ini melonjakkan Leicester ke tangga kedua dengan 46 mata sementara Liverpool berada di kedudukan keempat dengan kutipan 40 mata.
Add Comment