Badminton

KBS ,MKN bakal umum SOP baharu dalam masa terdekat


 

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis  Keselamatan Negara (MKN) sedang meneliti dan memperincikan beberapa perkara lagi dalam SOP dan pendekatan yang terbaik untuk pertimbangan dan keputusan muktamad dalam masa yang terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini termasuklah cadangan dan SOP yang melibatkan aktiviti sukan outdoor, gym, dan lain-lain dalam kawasan kejiranan dan aktiviti yang tidak melibatkan persentuhan serta tanpa kehadiran orang ramai.

“KBS juga akan menggerakkan pasukan pemantau, Rakan Muda Sports Bubble Volunteers sebagai satu langkah proaktif bagi memastikan pematuhan terhadap SOP yang akan dikeluarkan kelak.

“Selain itu juga, SOP latihan atlet dan pasukan-pasukan dalam liga secara quarantine-based approach dan pengasingan kendiri serta SOP kejohanan industri sukan berimpak tinggi seperti MFL, MHL dan STL juga telah dibentangkan oleh KBS mengikut model gelembung sukan (Sports Bubble).

“Perkara ini sedang diteliti oleh Kerajaan dan sebarang keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat. Saya optimis dengan keputusan ini dan berharap ia akan memberi sedikit kelegaan kepada sektor sukan dan rekreasi. Apa pun, our battle against COVID-19 is not over yet,” ujarnya dipetik menerusi Twitter miliknya malam tadi.

Beliau turut menjelaskan, hal ini, seperti mana saya maklumkan tempoh hari, pasukan KBSMalaysia telah membentangkan permohonan kelonggaran untuk Sektor Sukan dan Rekreasi dalam tempoh PKP di Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Ismail Sabri Yaakob yang sentiasa prihatin dan mendengar suara penggiat dan pemain industri sukan khususnya untuk kelangsungan perniagaan yang terjejas

“Ini termasuklah cadangan dan pendekatan serta SOP kelonggaran yang menyentuh keseimbangan antara kelangsungan ekonomi dan kesihatan awam.

“Begitu juga ahli-ahli mesyuarat Teknikal MKN, khususnya team KKM dan MKN yang memberikan sokongan, nasihat dan panduan agar model gelembung sukan dapat dijadikan asas kepada kelonggaran di dalam PKP ini,” ujarnya.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: