Badminton

Usaha berterusan MFL kian membuahkan hasil


Ismail Sabri memaklumkan kerajaan sedang mengkaji untuk memberi kelonggaran sektor sukan dan rekreasi pada sidang media petang tadi.

USAHA berterusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memastikan saingan Liga Malaysia 2021 (Liga-M) berjalan sebagaimana dirancangkan pada 5 Mac nanti semakin membuahkan hasil susulan pengumuman Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kelonggaran sektor sukan dan rekreasi, petang tadi.

Selaku badan induk pengendali sukan bola sepak tempatan, MFL melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Ab Ghani Hassan  memaklumkan kepada CAKAPSUKAN mengenai keyakinan bahawa saingan Liga M 2021 akan berjalan sebagaimana dirancangkan pada 5 Mac nanti.

Tegasnya, dia yakin dan percaya bahawa diperingkat Kerajaan juga akan menyokong perjalanan Liga Malaysia ini sebab yang melibatkan banyak pihak serta industri yang besar diperingkat negara kita.

“Terima kasih kepada Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob dan Kerajaan diatas cadangan kelonggaran yang akan diberikan ke atas sukan seperti yang diumumkannya petang tadi.

“InsyaAllah, MFL sedang jalankan perancangan terutamanya tentang SOP kebenaran jalani latihan terlebih dahulu sekurang-kurangnya awal sebulan dari 5 Mac untuk pasukan bersedia harungi saingan,” jelasnya.

Menerusi sidang akhbar Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang tadi, Ismail Sabri memaklumkan SOP latihan atlet secara quarantine-based approach serta SOP kejohanan industri sukan berimpak tinggi seperti liga bola sepak (MFL), liga hoki (MHL) dan liga takraw (STL) juga telah dibentangkan oleh KBS mengikut model gelembung sukan (Sports Bubble).

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut membentangkan cadangan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi kelonggaran sektor sukan dan rekreasi khususnya melibatkan aktiviti sukan outdoor, gim dalam kawasan kejiranan yang tidak melibatkan sentuhan serta tanpa kehadiran orang ramai,” katanya.

Berdasarkan perancangan MFL, saingan Liga M 2021  dijadualkan berlangsung pada 26 Februari namun di tunda kepada 5 Mac susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung sehingga 18 Februari.

Jika dilihat kepada perkembangan semasa hari ini, hasrat menyaksikan sepak mula bola sepak dalam norma baharu mengikut SOP yang ditetapkan bakal menjadi kenyataan dalam masa terdekat sebagaimana yang dihasratkan MFL supaya seelok-eloknya pasukan dibenarkan menjalani latihan bersama pasukan sebulan sebelum saingan bermula.

Jadi jika tempoh masa 30 hari diperlukan diberikan kelulusan, keputusan gembira ini bakal diketahui dalam minggu ini.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: