Bola Sepak Terkini

JDT bakal kenalkan tiga pemain baharu, lancar jersi


JUARA Liga Super tujuh kali berturut-turut, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal mengumumkan tiga lagi pemain baharu yang akan menyarung jersi Harimau Selatan bagi saingan Liga Malaysia musim 2021 yang bermula bulan depan.

Perkhabaran ini diumumkan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest dalam kenyataan di laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers.

Jelas Martin, Harimau Selatan bakal melalui minggu yang sibuk kerana mempunyai empat projek yang akan diumumkan dalam beberapa minggu ini sebagai persediaan untuk kempen 2021.

“Pertama, Harimau Selatan akan mengenalkan tiga pemain baharu diikuti dengan ‘JDT Cycling Studio’ yang kini dalam pembinaan.

“JDT akan melancarkan jersi ‘Home’ dan ‘Away’ pada 24 Februari manakala ‘docu-series’ Fearless yang dinanti-nantikan dijangka akan disiarkan pada bulan ini juga,” ujarnya.

Bagaimana pun, menerusi hantaran ringkas itu tidak menjelaskan secara terperinci pemain baharu itu melibatkan pemain import atau tidak.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading