
JURGEN Klopp mengakui bahawa Virgil van Dijk mungkin tidak akan bermain lagi musim ini, tetapi kepercayaan dan harapannya dalam ‘keajaiban’ tidak boleh dipinggirkan.
Pemain Belanda itu diketepikan sejak pertengahan Oktober setelah mengalami kecederaan ACL di lutut kanannya sekaligus melumpuhkan barisan bek tengah Liverpool.
Ketiadaan Van Dijk memberi kesan mengejutkan di seluruh skuad dan dengan Joe Gomez dan Joel Matip masih tersisih, Liverpool terpaksa turun ke pasaran perpindahan pemain Januari.
Ben Davies dan Ozan Kabak ditambahkan ke dalam pasukan pada hari akhir perpindahan, dan Liverpool kini sedang bersaing pada kedudukan keempat terbaik Liga Perdana Inggeris.
Terdapat sedikit kekeliruan antara Klopp dan pegawai akhbar, Matt Mccann mengenai sama ada nama Van Dijk berada dalam senarai teratas untuk separuh musim kedua ini.
Tetapi bos The Reds itu dengan cepat mengatakan Van Dijk akan disenaraikan namanya meskipun ada kemungkinan tidak bermain lagi pada tahun 2020/21.
“Sekiranya kita memiliki ruang untuk Virgil dalam daftar Liga Juara-Juara, dia akan didaftarkan – begitulah keadaannya.
“Tidak ada doktor yang memberitahu bahawa ada kemungkinan Virgil bermain musim ini lagi. Saya tidak mahu mengatakan sangat mustahil.
“Sekiranya kita mempunyai ruang, kita akan meletakkan semuanya, walaupun semua pasukan perubatan tidak memberitahu kita kerana kita percaya akan keajaiban dari semasa ke semasa.
“Tetapi jika tidak ada tempat, maka kita harus mempertimbangkannya, bahawa peluangnya tidak terlalu besar sehingga kita harus membuat keputusan, tetapi jika mereka ada dalam daftar maka kita terus berharap untuk keajaiban,” kata Klopp kepada wartawan pada hari Selasa dipetik This Is Anfield m
Pemain Belanda itu telah berada di Dubai sebagai sebahagian daripada program pemulihannya dan telah berkongsi banyak pembaharuan mengenai melakukan kerja bola dan daya tahan, di mana dia kini menuju bulan keempatnya proses pemulihan.





Add Comment