Antarabangsa Bola Sepak

Juventus selangkah ke final Piala Itali

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JUVENTUS meraih kemenangan separuh akhir pertama Piala Itali ketika berkunjung ke kubu Inter Milan.

Pengurus Bianconeri, Andrea Pirlo menyebut inilah penampilan terbaik pasukannya sepanjang perlawanan.

Bertandang ke Giuseppe Meazza, awal pagi tadi, Juventus menang 2-1. Dua gol Cristiano Ronaldo berjaya menukar kedudukan, setelah sebelumnya Inter terlebih dahulu merobek gol menerusi Lautaro Martinez.

Keputusan ini memudahkan jalan The Old Lady menuju ke pentas final. Mereka hanya perlu seri pada aksi kedua minggu depan.

“Kami tak seperti diri sendiri ketika kalah kepada Inter di Serie A. Itu satu kesalahan, tapi juga merupakan pelajaran berharga, dan kami berusaha memperbaikinya.

“Ini baru pusingan pertama, kami belum meraih apa-apa. Tapi aksi ini membuktikan jika kami betul-betul fokus siapapun akan sukar melawan kami. Kami sedar kekuatan kami sendiri.

“Tak mudah mempertahankan intensiti yang ada saat kamu bermain sekerap sekarang. Reaksi para pemain setelah ketinggalan sungguh luar biasa,” ujar Pirlo kepada RAI Sport selepas perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: