Komuniti

MUSA prihatin nasib menimpa Allahyarham adik Zubaidi


Barisan kepimpinan MUSA hadir bertemu keluarga angkat arwah di Hospital Melaka.

KEJADIAN malang yang menimpa Allahyarham adik Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek mendapat perhatian barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) yang mengunjungi keluarga angkat arwah.

Menerusi perkongsian laman FC MUSA, barisan kepimpinan MUSA diketuai Naib Presiden, Datuk Wira Sazali Mohd Din dan Datuk Shadan Othman hadir ke perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka pagi tadi bagi bertemu keluarga angkat arwah.
Pada pertemuan itu mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada keluarga berkenaan selain turut menyampaikan sumbangan.
Semoga arwah adik Amir ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,
Syurga menantimu di sana adik Amir, daripada kami di MUSA….Insyallah.

Add Comment

Click here to post a comment