Antarabangsa Badminton Komentar Terkini

Mimpi ngeri Zii Jia di bumi Thailand


Oleh : IZAHAR ATAN

PEMAIN perseorangan nombor satu badminton negara Lee Zii Jia tumbang pada tiga kejohanan badminton di Thailand.

Lebih menyedihkan ia berlaku tatkala tiada penyertaan pemain dari negara China dan Jepun.

Berusia hampir mencecah 23 tahun masih lagi dalam usia yang muda untuk kita meletakkan bebanan keatas Zii Jia untuk beraksi dengan cemerlang diperingkat antarabangsa,namun disebabkan beliau memegang gelaran pemain perseorangan lelaki nombor satu negara dan kesepuluh dalam ranking dunia maka Zii Jia tidak boleh lari dari tekanan dan harapan tuntutan peminat badminton negara yang menagihkan keputusan memberangsangkan.

Namun begitu serba tidak menjadi bagi Zii Jia Ketika beraksi di bumi Thailand, 15 Januari 2021 di Kejohanan Terbuka Thailand bermula episod kegagalan Zii Jia diperingkat suku akhir tewas 17-21,15-21 kepada pemain pilihan kedua kejohanan dari Taiwan,Chou Tien Chen selepas mendapat laluan percuma dari pemain India S.Kidambi yang menarik diri kerana kecederaan.

Empat hari kemudian 19 Januari 2021 Zii Jia terus kecewa pula pada kejohanan siri Toyota Terbuka Thailand kali ini tersungkur di tangan pemain India Sameer Verma 21-18,25-27,19-21 seawal di pusingan pertama. Akhir sekali pada 29 Januari sekali lagi berduka ditunjuk jalan keluar pada kejohanan Badminton Akhir Jelajah Dunia setelah tewas pada ketiga tiga perlawanan diperingkat kumpulan.

Apakah kegagalan ini disebabkan pandemik Covid-19 yang boleh dijadikan alasan? Namun kurangnya aksi diperingkat antarabangsa yang kompetitif seperti di Thailand ini boleh berada dalam antara senarai penyebab. Mungkin dalam masa yang sama corak permainan beliau tidak banyak berubah hingga mudah dibaca pihak lawan.

Membandingkan anak kepada ahli perniagaan dan guru dari Jitra ini dengan Dato’ Lee Chong Wei dilihat masih terlalu awal dan tidak keterlaluan untuk menyatakan terlalu jauh dan belum layak

Zii Jia aset buat badminton negara. Berilah peluang dan ruang bagi anak muda dari Kedah ini mencari rentak ataupun identiti permainan yang sebenar bagi meraih keputusan yang cemerlang diperingkat antarabangsa.

Untuk rekod Lee Chong Wei mara ke final pertamanya dalam kejohanan besar di Terbuka Malaysia pada tahun 2003 ketika itu beliau berusia 21 tahun di mana dia dikalahkan oleh Chen Hong pemain dari China,Chong Wei kemudian berjaya merangkul dua gelaran pada tahun 2004 ketika berusia 22 tahun,Terbuka Malaysia dan terbuka Taipei.Meneruskan rentak kecemerlangan pada tahun 2005 dengan dua lagi gelaran kedua Terbuka Malaysia dan terbuka Denmark.

Kita berharap agar kegagalan Zii Jia di Thailand akan menjadi pemangkin untuk beliau berusaha lebih keras bangkit dari mimpi ngeri ini dengan memperbaiki lagi corak permainan dan harus meningkatkan lagi stamina dari apa yang saya lihat pada persembahan beliau tempohari ,begitu juga dengan Hendrawan selaku ketua jurulatih perseorangan lelaki negara juga harus dipertanggungjawabkan agar dapat mencari ramuan kejayaan buat Zii Jia selepas ini.

Nukilan Editor


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: