Bola Sepak Terkini

Marco Simic ganti Ivan Lendric


Hasrat Melaka United untuk memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk Ivan Lendric sedikit sukar selepas majikan semasanya enggan mengeluarkan surat pelepasan.

MELAKA United bakal membawa masuk bekas penyerang importnya kelahiran Croatia, Marko Simic seandainya gagal mendapatkan tandatangan Ivan Lendric yang kini beraksi bersama kelab Zeljenicar dalam saingan Liga Bosnia.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata kepada CAKAPSUKAN,  buat masa ini perbincangan mendapatkan keputusan dari Lendric yang juga kelahiran Croatia berada di fasa terakhir.

“Keputusan untuk menandatangani Lendric yang beraksi selaku penyerang akan dimuktamadkan dalam tempoh sehari dua ini, buat masa ini apa yang kita maklum kelab semasanya iaitu Zeljenicar enggan memberikan surat pelepasan kepadanya untuk berhijrah.

“Hari ini saya akan berhubung dengannya untuk mendapatkan kepastian dan keputusan, jika tiada surat pelepasan diberikan, kami terpaksa melupakan khidmatnya untuk membantu Melaka United musim ini,” jelasnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mohd Saiful memaklumkan keputusan persetujuan dari Ivan Lendric akan diketahui dalam terdekat.

Dalam perkembangan sama, Mohd Saiful memaklumkan pihaknya sudah mempunyai perancangan lain dengan membawa masuk bekas penyerang import Melaka musim 2017 iaitu, Marco Simic.

“Kami telah menghubungi kelabnya iaitu Persija, Jakarta mengenai hasrat mendapatkan penyerang prolifik ini sebagai pinjaman untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia 2021.

“Mereka bersetuju dengan cadangan ini dan apa yang boleh saya katakan perbincangan ini juga akan diputuskan dalam masa terdekat selepas urusan mendapatkan tandatangan Lendric berjaya atau sebaliknya,” katanya.

Simic antara peledak berbisa dalam saingan Liga M 2017.

 

Simic bukanlah asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya Melaka pada musim 2017 apabila dia dilihat antara penyerang import yang berkualiti dalam pentas Liga Malaysia.

Meledak  sembilan gol hasil sembilan penampilan pada 2017 sebelum menyertai Persija setahun kemudian, Simic dinobatkan penjaring terbanyak bersama pasukannya, Persija Jakarta dengan 47 gol hasil 64 penampilan pada tahun 2018.

Ketika ini Melaka United sudah mempunyai dua pemain import musim lalu yang dilanjutkan kontraknya iaitu Sony Norde dan pemain pertahanan skuad kebangsaan Korea Selatan, Jang Suk-won serta import baharu dari Brazil, Alex Goncalves dari Brazil.

 

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: