Badminton

KDA FC dan TFC mampu buktikan kemampuan di pentas AFC 2021

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENANTIAN peminat bolasepak di Malaysia khususnya Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Terengganu FC (TFC) akhirnya mengetahui kedudukan pasukan mereka selepas undian saingan AFC Cup 2021 peringkat kumpulan yang telah berlangsung petang tadi.

Keterujaan peminat ini mengambarkan saingan di pentas AFC adalah pentas terbaik buat pasukan dari Malaysia membuktikan kemampuan mereka dan bukan hanya gah di tempat sendiri.

Pada undian tadi , KDA FC berada dalam Kumpulan H bersama wakil dari Singapura, Lion City Sailors dan wakil Myanmar, Saigon FC dengan satu  lagi lawan mereka akan diisi oleh pemenang ‘play-off’.

Terengganu FC pula diundi dalam Kumpulan I bersama naib juara Liga Filipina, Kaya FC-Iloilo serta satu lagi pasukan dari Singapura, Geylang International. Bagaimanapun, wakil dari Myanmar akan ditentukan kemudian sama ada Shan United atau Ayeyawady United.
Penyertaan dua wakil negara ini yang membawa cabaran serta imej Malaysia seharusnya diberikan pujian dan sokongan agar mereka mempamerkan aksi terbaik menentang lawan dalam kumpulan masing-masing.
Buat KDA FC dan TFC , Tahniah CakapSukan ucapkan dan berjuanglah sepenuh hati demi negara dalam memburu kejayaan yang lebih gemilang.
Kesebelasan utama skuad hijaukuning ketika menentang Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan – PBNS dalam saingan Piala FA di musim 2019.
INFO RINGKAS KDA FC DALAM PENTAS AFC
– Kali terakhir Kedah beraksi dalam saingan Piala AFC ialah pada edisi 2008 lalu yang mana mereka layak sebagai juara Liga Super musim 2007 bersama Perak yang merupakan naib juara liga.
– Kedah menduduki tangga kedua dalam carta kumpulan D yang turut diisi oleh kelab Singapura, Home United, kelab Hong Kong, South China dan kelab Maldives, Victory FC.
– Dibimbing Azraai Khor Abdullah, Kedah layak ke peringkat kalah mati di atas tiket naib juara terbaik namun gagal  menandingi kehebatan kelab Bahrain, Al-Muharraq dimana mereka tewas 7-1 secara agregat.

 

Barisan pemain TFC gigih menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia sebelum kerajaan menguatkuasakan pelaksaan PKP.

INFO RINGKAS TFC DALAM PENTAS AFC

– Kali terakhir Terengganu beraksi dalam saingan Piala AFC ialah pada 2012 setelah berjaya muncul juara Piala FA pada musim sebelumnya.

– Terengganu diundi dalam kumpulan F bersama kelab Hong Kong, Kitchee FC, kelab Vietnam, Song Lam Nghe An FC dan kelab Singapura, Tampines Rovers.

-Kelab pantai timur itu berjaya menduduki tangga kedua di belakang Kitchee dalam kumpulan F sekaligus melayakkan mereka ke peringkat 16 pasukan terakhir.

-Terengganu berdepan satu lagi wakil Malaysia, Kelantan di peringkat 16 pasukan terakhir dimana skuad yang dikendalikan oleh Mat Zan Mat Aris itu tewas dengan keputusan 3-2


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: