Olahraga Semasa Terkini

Nicol David layak ke pusingan ke-2

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Nicol selesa dengan undian 224,895 setakat jam 2 petang hari ini.

PELUANG ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk merangkul Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dilihat semakin cerah selepas layak ke pusingan kedua.

Setakat pukul 2 petang ini, pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun itu sudah mengumpul 224,895 undian yang meletakkan dirinya di kedudukan teratas dengan selesa.

“Berkat undian anda, Datuk Nicol David kini telah melayakkan diri ke pusingan ke-2 Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman.

“Pastikan anda terus mengundi lagi,” menurut ciapan Twitter squash_malaysia hari ini.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu adalah antara 24 calon yang mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu. Percalonan mereka dilakukan oleh persekutuan sukan antarabangsa masing-masing.
Pada 20 Januari lalu, 10 calon dengan undi terbanyak akan disenaraipendek manakala pemenang gelaran itu akan diumumkan pada 1 Februari ini.

Anugerah itu dianjurkan Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan ulang tahun ke-40 sukan dunia.

Jadi tunggu apa lagi? Tunjukkan sokongan anda buat Nicol di pautan ini https://www.theworldgames.org/awards/The-World-Games-Greatest-Athlete-of-All-Time-81.

Ayuh mengundi Nicol David!

 

 


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: