Antarabangsa Bola Sepak

Fenerbahce perkenal Ozil minggu ini

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ozil pilih untuk sertai kelab Turki, Fenerbahce.

MESUT Ozil telah menamatkan tempoh kuarantin yang berakhir semalam selepas ketibaannya di Istanbul awal minggu ini.

Kelab lamanya, Arsenal bersetuju untuk menamatkan kontrak pemain berusia 32 tahun itu enam bulan lebih awal dan pengumuman bersama Fenerbahce dijangka diumumkan pada Isnin ini.

Ozil kini berada di peringkat akhir untuk menyelesaikan perpindahan ke kelab Turki dengan perjanjian tiga setengah tahun sebagai ejen bebas.

Presiden Fenerbahce, Ali Koç mengatakan Ozil akan mengambil bahagian dalam sesi latihan ringan dengan skuad lain pada hari esok jika dia lulus perubatan dan negatif ujian Covid-19.

Pemenang Piala Dunia 2014 bersama Jerman dijangka akan diperkenalkan secara rasmi oleh kelab Super Lig pada hari Selasa atau Rabu minggu ini.

DC United, kelab dari Major League Soccer juga dikaitkan dengan perpindahan untuk Ozil, yang mengambil keputusan bersara dari bola sepak antarabangsa pada 2018.

Ozil tidak bermain untuk The Gunners sejak Mac lelas setelah ‘dibekukan’ oleh pengurus, Mikel Arteta dan Arsenal telah bersetuju untuk menamatkan kontraknya enam bulan lebih awal.

Pemain berusia 32 tahun itu juga tidak didaftarkan dalam skuad Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa musim ini dan bebas mengadakan rundingan dengan kelab lain sejak awal Januari.

Ozil bergabung dengan Arsenal dari Real Madrid pada 2013 sebanyak £42 juta dan telah membantu kelab London Utara itu memenangi Piala FA sebanyak tiga kali.

Dia telah menjaringkan 44 gol dan mencatatkan 77 umpanan dalam 254 penampilan untuk kelab.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: