Antarabangsa Bola Sepak

Mandzukic tambah sengat AC Milan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mandzukic kembali ke Serie A dan mewakili AC Milan.

AC Milan secara rasmi melengkapkan perpindahan Mario Mandzukic dari kelab Qatar, Al-Duhail.

Penyerang veteran Croatia itu direkrut sehingga akhir musim 2020/21, dengan opsyen lanjutan selama semusim.

Kehadiran Mandzukic akan menambah pilihan di barisan depan AC Milan, meskipun telah memiliki dua penyerang, Zlatan Ibrahimovic dan Rafael Leao.

Walaupun tidak lagi muda, Mandzukic,34 dilihat memiliki pengalaman yang cukup untuk membantu Milan dalam buruan Scudetto pertamanya sejak 2011.

Serie A bukan pertandingan yang asing bagi Mandzukic. Sebelum itu, Mandzukic pernah menghabiskan empat musim bersama Juventus antara musim 2015-2019, dan berjaya memenangi empat pingat kejuaraan liga di sana.

Di AC Milan, Mandzukic akan memakai jersi nombor 9.

Satu cabaran juga buat Mandzukic kerana belum ada lagi pemain lain yang berjaya memakainya sejak disandang legenda bola sepak Itali, Filippo Inzaghi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: