
PERSAINGAN kelompok atasan Liga Perdana Inggeris makin menarik apabila Chelsea bangkit meraih kemenangan 1-0 ke atas Fulham.
Chelsea mengutip tiga mata penuh hasil jaringan pemain tengah England, Mason Mount.
Dengan kemenangan ini, Chelsea naik dua anak tangga dan kini berada di kedudukan ketujuh dengan koleksi 29 mata dari 18 perlawanan.
Sementara itu, bekas juara Leicester City juga merakam kemenangan Stadium King Power mengatasi Southampton 2-0.
Gol Leicester dihasilkan oleh James Maddison dan Harvey Barnes memastikan mereka berada di tangga kedua liga mengatasi Liverpool dan Manchester City.
Leicester mengutip 35 mata hasil 11 kemenangan, dua seri, dan lima kekalahan.
Ketika ini, mereka hanya berjarak satu mata berbanding Manchester United selaku pendahulu semasa liga.
Add Comment