
JOM rakyat Malaysia, kita zahirkan sokongan buat Datuk Nicol David untuk dinobatkan Atlet Terhebat Sepanjang Zaman.
Buat pengetahuan semua, Nicol, 37, satu-satunya atlet Asia yang tercalon dalam anugerah berprestij tersebut.
“Satu penghormatan besar dicalonkan Sukan Dunia sebagai Atlet Terhebat Sepanjang Zaman.
“Teruskan menyokong saya dengan undian anda,” tulis Nicol dalam media sosial.
Nicol berjaya menempatkan diri dalam 24 calon akhir Sukan Dunia yang mewakili 24 sukan berbeza selepas dicalonkan oleh badan skuasy antarabangsa.
10 calon akhir akan diumumkan pada 20 Januari ini, dan pemenang Atlet Terhebat Dunia Sepanjang Zaman kemudian dinobat pada 1 Februari.
Anda boleh mengundi Nicol di pautan berikut: http://ow.ly/RINu30rrN0U





Add Comment