Antarabangsa Bola Sepak

City benam United dalam laluan ke final


Pemain City meraikan kejayaan mara ke final Piala Carabao.

HAJAT Manchester United melangkah ke final Piala Carabao musim ini tidak tercapai selepas kalah 0-2 kepada Manchester City, awal pagi tadi.

Beraksi di Old Trafford, dua gol daripada
John Stones dan Fernandinho pada babak kedua menjadi pemisah kedua-dua pasukan.

Perlawanan akhir nanti pasukan Pep Guardiola akan menghadapi Tottenham Hotspur Wembley, London pada 25 April 2021.

The Lilywhites mengesahkan slot final dengan mengalahkan Brendtford juga keputusan 2-0.


Add Comment

Click here to post a comment