Lain-Lain Semasa

Shalin bersara daripada skuad kebangsaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

RATU tenpin boling negara dan bekas juara dunia Shalin Zulkifli hari ini secara rasminya mengundur diri daripada mewakili Malaysia.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok mengesahkan perkara ini dan berkata Shalin, 42, yang mempunyai kerjaya cemerlang dengan mengumpul 74 pingat di peringkat senior menyerahkan surat peletakan jawatannya menerusi ketua jurulatih kebangsaan Holloway Cheah pagi tadi.

“Beliau secara rasminya meletak jawatan daripada skuad negara, dia telah mengumumkan persaraannya, saya fikir beliau akan buat sidang media dalam masa terdekat.

“Beliau membayangkan sebelum ini bahawa sudah tiba masanya untuk bersara, dia juga memandang kepada masa depan tetapi tidak pernah memberitahu tarikh sebenar (persaraan), jadi ia satu kejutan apabila beliau mengumumkannya hari ini, ” katanya.

Beliau berkata MTBC sebagai badan induk akan terus menyokong Shalin di waktu pasca persaraannya.

“Beliau lebih tahu mengenai masa depannya, dia telah merancang perkara yang perlu dilakukan, jadi saya rasa masanya telah tiba untuk Shalin melakukan sesuatu yang baharu dan sudah tentu MTBC akan menyokong sepenuhnya keputusannya,” katanya.

Shalin dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali (tahun 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002).

Beliau menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat. – Bernama–


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: