Antarabangsa Bola Sepak

Sergio Ramos tolak tawaran kontrak baru


Beberapa kelab gergasi Eropah berminat dengan Ramos.

SERGIO Ramos dikatakan telah menolak tawaran untuk melanjutkan kontrak baru di Real Madrid.

Pemain pertahanan pasukan Sepanyol itu tidak sepakat semasa sesi perbincangan yang diadakan.

Kontrak Ramos akan berakhir pada musim panas 2021. Ini bermaksud, Ramos, 34 perlu menyelesaikan kontrak barunya bermula sekarang atau boleh meninggalkan kelab secara percuma.

Lapor Marca, Madrid sudah memberinya penawaran kontrak baru. Kapten Los Blancos itu diberi kontrak berdurasi semusim, dengan bayaran masih di atas 12 juta euro per musim.

Namun, Ramos menolaknya. Pemain yang sudah 16 tahun bermain di Santiago Bernabeu itu tidak setuju dengan tawaran kontrak baru yang cuma setahun.

Sebenarnya, bukan perkara memelikkan di Real kerana setiap pemain yang telah melebihi usia atas 30 tahun hanya ditawarkan kontrak lanjutan selama satu tahun.

Ketika ini, beberapa kelab gergasi Eropah mahu menyunting Ramos. Antaranya, Manchester City dan Paris Saint-Germain.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading