Badminton

Nilai berdasarkan prestasi bukannya populariti

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sulaiman antara jurulatih muda tempatan yang membuktikan kemampuan dengan membimbing UKM FC musim ini.

“NILAILAH seseorang jurulatih itu berdasarkan pencapaian membimbing pasukan dan bukannya berdasarkan populariti semata-mata,” itulah pandangan pengendali UKMFC, Sulaiman Hussin mengenai senario pasukan dalam memilih jurulatih.

Bukan menuding jari mempersalahkan satu pihak, namun baginya popolariti tidak menjamin kejayaan pasukan tetapi pencapaian diraihlah menjadi penentu sesebuah pasukan.

“Saya lihat ada sesetengah pasukan lebih menitikberatkan jurulatih berdasarkan dikenali dan mudah mesra tetapi bukannya pencapaian mereka sebelum ini. Jika ini menjadi keutamaan ini bukan matlamat saya yang sebenar,” jelasnya.

Masih menunggu tawaran rasmi dari beberapa pasukan Lembah Klang, Sulaiman telah berjaya membuktikan kemampuannya selaku jurulatih muda tempatan apabila memastikan The Varsity Boys pesaing dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

“Bermula dengan pasukan yang mempunyai sumber kewangan agak terhad selain rata-rata pemain muda, UKM FC berjaya membuktikan kemampuan menjadi pesaing bukannya setahu tetapi hampir tiga tahu kami kekal dalam saingan Liga Premier.

“Anda boleh lihat beberapa pemain UKM FC menjadi rebutan pasukan Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu FC.  Ramai mengandaikan UKM FC akan tersingkir tetapi sebaliknya berlaku malah kami terus kekal secara merit,” jelasnya ketika dihubungi CakapSukan, sebentar tadi.

UKM FC berjaya memberikan saingan malah kehadirannya dalam saingan Liga Malaysia tidak mengecewakan.

Diminta mengulas perkembangan terbaharunya ketika ini, Sulaiman mengakui telah mengadakan perbincangan namun belum ada kata putus dikeluarkan.

“Selagi tiada hitam putih saya tidak berani ingin nyatakan, tetapi perbincangan ke arah itu sedang dilaksankan,” tegasnya yang percaya peluang tetap ada bagi semua individu.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: