Badminton

Madrid rampas kedudukan Atletico

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain Madrid meraikan gol Vazquez.

REAL Madrid merampas kedudukan dari pencabar utama, Atletico Madrid selepas menang 2-0 ke atas Celta Vigo di Bernabeu, awal pagi tadi.

Dua gol menerusi Lucas Vazquez dan Marco Asensio membolehkan Madrid mengumpul 36 mata, hanya satu mata mengatasi Atletico yang kurang tiga perlawanan.

Kedudukan puncak La Liga mungkin berubah jika Atletico menumpaskan Alaves di tempat lawan malam ini.

Sementara itu, pengurus Madrid, Zinedine Zidane akui pemainnya beraksi cemerlang sehingga tamat permainan.

“Namun, musim masih panjang dan kami perlu meneruskannya,” katanya dipetik AFP.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: