Bola Sepak Semasa Terkini

Bernhardt akui bukan tugas mudah


Kejayaan Berhardt membimbing pasukan menduduki tangga keenam satu pencapaian yang membanggakan. 

PENGENDALI UiTM FC, Frank Bernhardt sedar bakal berdepan saingan sengit rakan sepasukan bagi gelaran Jurulatih Terbaik namun tetap mengimpikan status berkenaan walaupun ini kali pertama mengendalikan skuad Liga Malaysia.

Bekas jurulatih skuad Bawah 22 Tahun Negara itu tidak menolak ia satu pengalaman baharu membimbing pemain-pemain muda dalam skuad UiTM FC untuk menduduki tangga keenam Liga Super 2020 dianggap kejayaan yang membanggakan.

Baginya, ia satu penghargaan untuk saya sebab ini adalah kali pertama saya terlibat dalam Liga Malaysia, dan sebenarnya bukan mudah untuk mengendalikan sesebuah pasukan itu, apatah lagi beraksi dalam saingan Liga Super.

“Saya tetap bersyukur apabila tercalon dan sokongan-sokongan yang diterima daripada penyokong juga amat saya hargai, cuma sudah tentu untuk menjadi pemenang bukan mudah kerana semua jurulatih berjaya membuktikan kemampuan masing-masing membawa pasukan mereka harungi Liga Malaysia musim ini,” jelasnya.

Sembilan lagi calon yang bersaing merebut gelaran Jurulatih Terbaik adalah Nafuzi Zain (Terengganu FC), Yusri Che Lah (Kelantan), Nidzam Adzha Yusoff (Kuala Lumpur), Manzoor Azwira (Pulau Pinang), Aidil Sharin Sahak (Kedah), Akira Higashiyama (Kuching FA), Benjamin Mora (Johor Darul Ta’zim), Mehmet Durakovic (Perak) dan Michael Feichtenbeiner (Selangor).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: