Bola Sepak Semasa Terkini

Tidak Perlu Dedah Semua Perkara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sivasundram memaklumkan hanya mereka yang benar-benar mengenali Hamidin mengetahui betapa komited beliau dalam kerjanya.

TIDAK semua perkara seseorang itu perlu dedahkan atau kongsikan dengan umum, cukuplah sekadar di belakang tabir, itu pandangan Naib Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram.

Sivasundaram menyokong pendekatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang  mendedahkan dirinya sentiasa berusaha keras untuk memperjuangkan bola sepak negara dalam tempoh pandemik COVID-19.

Hamidin yang juga Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) baru-baru ini mengakui ada segelintir pihak tidak berpuas hati dengan badan induk persatuan bola sepak negara yang dilihat tidak agresif memperjuangkan bola sepak tempatan.

“Tidak bermakna jika kita tak paparkan di media sosial sesuatu mesyuarat atau kegiatan itu, bermaksud kita tak buat kerja.

“Berkongsi sesuatu perkara ada hadnya, ini disebabkan ada implikasi tertentu yang perlu kita ambil kira.

“Diakui penggunaan media sosial kini sudah menjadi keutamaan bagi masyarakat kita, ia dianggap penting dan menjadi tempat untuk menceritakan segala yang berlaku di dalam kehidupan …walhal ada perkara kita tak perlu kongsikan,” katanya.

Katanya lagi, mengambil kira ada pihak yang dikatakan mengkritik Hamidin seakan ‘berdiam diri’, Sivasundaran menegaskan semua perjalanan berlaku di belakang tabir.

“Selaku individu yang berada dalam badan induk, saya saksikan perjalanan yang sangat konsisten.

“Kami konsisten bertemu dan bermesyuarat dengan pelbagai pihak terutama dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk menyampaikan hasrat FAM kepada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Malaysia (MKN),” katanya.

Sivasundaram menambah, individu yang mengenali Hamidin pasti tahu akan betapa komitednya beliau dalam tugas.

“Ini adalah waktu sukar buat bola sepak terutama kepada dirinya sebagai presiden ke-7 mentadbir bola sepak.

“Namun bagi yang benar-benar mengenali Hamidin pastinya turut bersimpati kerana mengetahui betapa komited beliau dalam kerjanya.

” Bagi saya usaha dibelakang tabir ini terbukti berkesan kerana musim Liga Malaysia diteruskan dan kini 10 peratus penonton dibenarkan meskipun Piala Malaysia terpaksa dibatalkan,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: