Bola Sepak Semasa Terkini

Sulaiman terus kekal terajui MUSA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sulaiman (empat,kiri) kekal menerajui MUSA bagi tempoh 2020-2023.

KETUA Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kekal sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) bagi musim 2020-2023  disebalik ada desas-desus  bekas Ketua Menteri dan Presiden MUSA yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bakal kembali.

Mengikut perlembagaan MUSA, ketua menteri adalah presiden yang dilantik secara automatik bagi jawatan presiden, namun jika beliau tidak berminat, ia boleh menamakan sesiapa sahaja yang difikirkannya layak.

Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka secara automatik menjawat jawatan Presiden MUSA mengikut perlembagaan persatuan itu, dan jawatan itu tidak dipertandingkan.

Jawatan Timbalan Presiden MUSA kekal milik Datuk Mohd Yusoff Mahadi, selepas beliau tidak dicabar oleh mana-mana pihak pada kongres kali ke-65 yang diadakan di Bandar Hilir, Melaka.

Bagi jawatan naib presiden pula, ia menyaksikan dua muka baharu terpilih iaitu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Wira Sazali Muhd Din dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datuk Shadan Othman. Noor Azman Rahman dan Datuk Khairi Anuar Ahmad pula berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing.

Selain itu, lapan dipilih sebagai ahli jawatankuasa pada kongres kali iaitu Razak Abu Hassan, Mohammad Azizi Shahril Abd Razak Khalim, Jezlee Pit, Muhamad Asyaarie Abdul Ghani, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah, Jalil Dollah, Muhamad Razali Omar Othman dan Ridzuan Ahmad.

Pada masa sama, Sulaiman mengumumkan pelantikan Ahmad Roslee Hamzah sebagai setiausaha eksekutif baharu MUSA bagi menggantikan Mohd Asri Ninggal yang bakal menjadi pembantu jurulatih pasukan Liga Super Melaka 2021.

Datuk Ab Latiff Abu Bakar pula dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif manakala bagi jawatan bendahari kehormat yang disandang Datuk Mohd Saiful Mat Sapri sebelum ini masih dikosongkan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: