
SAINGAN kejohanan badminton Remaja Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memperlihatkan penguasaan pasukan Junior Terminators yang melakar kemenangan kedua berturut turut selepas selepas mengatasi Junior Transformers 8-4.
Terminators yang dipimpin Ong Zhen Yi nyata sukar untuk digugat lawan. Meskipun tidak beraksi, Zhen Yi memberi kata kata semangat untuk memastikan rakan sepasukan memberikan aksi yang terbaik.
Junior Terminators mendahului 3-0 menerusi bergu campuran, Jimmy Wong-Cheng Su Hui, bergu lelaki, Kang Khai Zing-Muhd Faiq dan bergu wanta, Adiyna Anuar-Ong Xin Yee yang melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.
Junior Transformers cuba bangkit merapat jurang mata menerusi Justin Hoh yang menundukkan Dylan Ooi 15-4, 15-12, namun Terminators kembali melebarkan jurang mata 5-1 menerusi Muhd Fazriq Mohd Razif yang menang ke atas Anson Cheong 15-7, 15-8.
Junior Transfomers bangkit meraih tiga mata berturut turut dalam acara bergu bermula dengan kemenangan Khor Jing Wen-Valeree Siow yang menundukkan Oh Jia Qi-Siti Nurshuhaini Azman 10-15, 15-8, 15-11 disusuli Choi Jian Sheng-Wan Muhammad Arif yang menang ke atas Jimmy Wong-Muhammad Haikal 15-10, 15-12 dan kemenangan Low Han Chen ke atas Muhd Faiq ke atas untuk kedudukan semasa 4-5.
Namun Junior Terminators menutup sisa perjuangan Junior Transformers apabila membolot baki empat mata sekaligus mengesahkan kemenangan mutlak 8-4.





Add Comment