Badminton

Junior Transformers selesa raih kemenangan


HARI pertama kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam menyaksikan pasukan Junior Transformers dan Junior Terminators meraih kemenangan pertama selepas menewaskan lawan masing masing.

Aksi yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara memperlihatkan penguasaan pasukan Junior Transformers yang menang 7-5 ke atas Junior Avengers.

Junior Transformers yang dipimpin Justin Hoh sebagai kapten pasukan cemerlang meraih mata pertama menerusi bergu campuran Wan Muhammad Arif-Valeree Siow yang menang 15-5, 15-12 ke atas Beh Chun Meng – Go Pei Kee.

Junior Avengers mengikat kedudukan 1-1 menerusi bergu wanita Chan Wen Tse-Noraqilah Maisarah yang menang ke atas Lim Yi Wei-Ng Wen Xi straight set 15-14, 15-11.

Aaron Tai-Low Han Chen kembali meletakkan Junior Transformers didepan selepas menang 15-11, 15-7 ke atas gandingan Chee Hong Wei-Muhd Amzar dalam aksi bergu lelaki namun Eogene Ewe Eon kembali mengikat kedudukan dua sama selepas mengatasi Chua Kim Sheng dalam aksi tiga set 8-15, 15-9, 15-9.

Perseorangan wanita, Khor Jing Wen dan kapten Justin Hoh memastikan Junior Transformers selesa mendahului 4-2 selepas menang ke atas lawan masing masing.

“Saya katakan kepada mereka, kita menang sama sama, kalah sama sama. Semua telah berikan yang terbaik dan yang tidak beraksi pada hari ini juga memberikan sokongan pada.

“Saya juga beraksi dengan baik dalam kedua dua perlawanan terutama ketika menentang Jacky. Saya hanya bermain dan tidak terlalu memikirkan tentang tekanan dan rakan rakan banyak memberikan kata kata semangat,” kata Justin Hoh.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading