Lain-Lain Semasa Terkini

TMJ tinjau Arena Larkin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Ismail meninjau tahap persiapan Stadium Tertutup dan Pusat Akuatik.

WALAUPUN SUKMA Johor 2020 telah ditangguhkan, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tetap ‘turun padang’ meninjau tahap persiapan Stadium Tertutup dan Pusat Akuatik hari ini.

Mengikut perancangan, kedua-dua tapak ini telah dibangunkan bagi tujuan menyediakan kemudahan sukan profesional dan latihan sukan.

Memetik Facebook Johor Southern Tigers, tapak-tapak acara tersebut telah disiapkan sempena SUKMA Johor 2020 bertujuan menyediakan kemudahan sukan profesional dan latihan sukan.

“Hasrat saya adalah supaya kemudahan sukan yang dibangunkan ini dapat mencungkil bakat ahli-ahli sukan untuk membentuk generasi juara sukan Johor yang baru untuk mengharumkan nama Johor serta memanfaatkan warga Johor, terutamanya golongan belia,” katanya.

Stadium Tertutup di Arena Larkin yang dibangunkan bersebelahan dengan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos mampu menampung 7,000 orang penonton dan boleh menganjur pelbagai acara seperti badminton, bola keranjang dan sepak takraw.

Manakala, Pusat Akuatik pada dahulunya merupakan Kolam Renang Majlis Bandaraya Johor Bahru dan kini telah dinaiktaraf menjadi Pusat Akuatik untuk menganjurkan acara renang dengan kolam renang yang bertaraf antarabangsa. Pusat Akuatik ini mampu menampung 1,168 orang penonton.

“Supaya kemudahan dan fasiliti ini tidak menjadi gajah putih, saya telah menasihati agar lebih banyak pertandingan dianjurkan bagi menggunakannya pada tahap yang maksima selepas wabak Covid-19 ini berlalu.

“Saya juga menasihati agar ia dibuka kepada semua rakyat Johor untuk kegunaan umum pada masa yang sesuai kelak dan supaya diselenggarakan dengan baik untuk memastikan kebolehgunaan jangka masa panjang,” ujarnya lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: