Bola Sepak

Tekad bantu KL kekal Liga Super

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Irfan kini dalam peringkat perbincangan terakhir bersama Kuala Lumpur.

MISI peribadi Irfan Zakaria adalah membantu pasukan Kuala Lumpur kekal di Liga Super.

Pemain pertahanan Harimau Malaya itu mendedahkan, kini dia dalam fasa terakhir perbincangan dengan Kuala Lumpu.

“Memang Kuala Lumpur ada buat tawaran. Insya-Allah saya akan umumkannya secara rasmi,” katanya dipetik dari Stadium Astro.

Pemain yang pernah menyarung jersi Kedah musim 2020 ini turut menganggap keputusannya meninggalkan skuad itu bukan satu kesilapan.

Akui sedar, walaupun terpaksa melepaskan peluang beraksi di pentas Asia untuk Piala AFC musim depan.

“Keadaan semasa tidak mengizinkan saya untuk kekal di Alor Setar sebelum memilih untuk kembali ke pangkuan Kuala Lumpur,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: