Antarabangsa Bola Sepak

PSG jatuh ditimpa tangga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Neymar diusung keluar akibat kecederaan.

 

PARIS Saint-Germain ( PSG) bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Kelab bergelar Les Parisiens itu kalah 0-1 kepada Olympique Lyon, pada masa sama kehilangan Neymar.

Gol kemenangan Lyon, dihasilkan oleh Tino Kadewere pada minit ke-35.

Pada perlawanan itu, Neymar menjerit kesakitan dan memegang pergelangan kakinya setelah menerima terjahan keras daripada Thiago Mendes pada penghujung permainan.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel, memberitahu Neymar akan menjalani ujian imbasan untuk mengetahui tahap kecederaannya.

“Dia bersama fisio dan doktor. Kami harus menunggu ujian esok (Isnin, waktu Perancis),” kata Tuchel kepada Telefoot seperti dipetik dari BBC.

PSG kini berada di kedudukan ketiga dengan koleksi 28 mata. Sementara itu, Lyon menduduki tangga kedua dengan 29 mata.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: