Bola Sepak Semasa Terkini

Gedung tekstil terkemuka bakal miliki KLFA 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

The Hawks berjaya melangkah ke saingan Liga Super 2021 selepas menamatkan saingan Liga Premier selaku Naib Juara.

GEDUNG tekstil terkemuka dikhabarkan bakal menjadi pemilik pasukan Kuala Lumpur  bagi saingan musim 2021.

Perbincangan mengenai pengambil alihan skuad Warga Kota tersebut turut membabitkan tokoh bola sepak berpengalaman yang menjadi penasihat dengan pemilik gedung tekstil berkenaan telah diadakan minggu lalu.

Menurut sumber, kertas cadangan hasrat mengambil alih The Hawks telah disediakan serta dibincangkan bersama penasihat dan kini hanya menunggu masa untuk dibentangkan kepada pengurusan KLFA.

“Jika segalanya berjalan lancar dan mendapat persetujuan KLFA, perjanjian ini akan memberikan keuntungan kedua-dua belah pihak selain memastikan Kuala Lumpur kembali disegani dikalangan pasukan lain,” jelasnya.

Selain mendapat nasihat dari tokoh bola sepak berpengalaman tersebut, beberapa individu yang sememangnya tidak asing dalam dunia bola sepak tempatan turut serta dalam perancangan KLFA musim depan.

Sebelum ini Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa mempelawa mana-mana jutawan yang berminat untuk menjadi pemilik pasukan ibu kota itu dengan bayaran RM13 juta sebagai langkah penswastaan kelab.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: