Badminton

Eoon Qi Xuan juara perseorangan wanita

Qi Xuan muncul juara 100Plus Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan.

EOON Qi Xuan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua tiga perlawanan sekaligus mengesahkan status sebagai juara perseorangan wanita 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir hari ini.

Perlawanan terakhir bagi kategori perseorangan wanita diantara Eoon Qi Xuan dan K Lethsaana menjadi tumpuan bagi penentuan juara dan naib juara.

Qi Xuan nyata sukar untuk ditandingi K Letshaana yang menutup perlawanan terakhir dengan kemenangan straight set 21-10, 21-18.

“Saya berpuas hati dapat menang kesemua perlawanan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu mengawal mental agar tidak terlalu gopoh mematikan perlawanan.

“Namun, kedudukan saya dengan pemain senior masih lagi jauh dan perlukan latihan terutama kekuatan kaki,” kata Qi Xuan.

Satu lagi aksi perseorangan wanita, Myisha Mohd Khairul menundukkan Tang Zhing Yistraight set 21-14, 21-10 untuk menduduki tangga ketiga.

Sementara itu dalam aksi perseorangan lelaki, Justin Hoh melakar kemenangan ketiga selepas menundukkan Ong Ken Yon 22-20, 21-10 sekaligus merampas kedudukan teratas dan tampak hampir pasti untuk bergelar juara.

Beliau berkongsi tiga mata dengan Wyman Goh yang turut mencatat kemenangan ke atas Ter Chun Long 21-18, 21-14.

“Sudah tentu saya gembira ketika ini tetapi saya tidak mahu terlalu tertekan menjelang perlawanan esok.

“Walaupun saya adalah pemain paling muda dalam kumpulan perseorangan lelaki, saya mahu buktikan kepada jurulatih yang telah memberi kepercayaan dan keyakinan,” kata Justin Hoh.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: