Badminton

Hamilton terima anugerah diraja

Hamilton antara bintang paling cemerlang dalam dunia sukan sejak menyertai Mercedes pada 2013.

 

LEWIS Hamilton akan menerima anugerah diraja sempena sambutan Tahun Baharu bagi mengiktiraf kecemerlangannya dalam dunia sukan.
Bintang Formula Satu (F1) itu melengkapkan kecemerlangannya tahun ini dengan merangkul kejuaraan dunia ketujuh di Grand Prix Turki, minggu lalu.
“Anugerah seperti ini membuatkan saya terfikir mengenai orang seperti datuk saya yang berkhidmat di medan perang,” jelas Hamilton mengenai anugerah diraja itu.
Atlet Britain berusia 35 tahun itu merupakan antara bintang paling cemerlang dalam dunia sukan sejak menyertai Mercedes pada 2013.
Hamilton merupakan penduduk Monaco yang memiliki kekayaan sekitar 250 juta pound (RM1.3 bilion) dan menjadi mangsa kritikan kerana tinggal di negara yang dia tidak dikenakan cukai.– AGENSI-

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: