SUBKHI SUDARJI
KEHADIRAN pemain import yang mewarnai Liga Malaysia (Liga M) sememangnya diharapkan semua pasukan namun ada beberapa pemain yang membawa status berkenaan dikategorikan sebagai tiada kualiti dengan prestasi mereka hanya ‘indah khabar dari rupa’ seterusnya tidak membantu dalam meningkatkan mutu industri bola sepak negara.
Malah, ada antara awang import terbabit beraksi lebih buruk daripada pemain tempatan namun dibayar dengan gaji puluhan ribu sekali gus yang menanggung kerugian adalah pasukan atau kelab disertai mereka.
Disini kami senaraikan beberapa pemain import yang dilihat tidak sesuai dengan status dimiliki malah prestasi yang dipamerkan setaraf dengan pemain tempatan malah ada yang lebih teruk.

> IVAN CARLOS
– Tidak banyak boleh dibangga dengan pemain kelahiran Brazil ini. Memiliki rekod dan pengalaman bersama beberapa pasukan terdahulu bukanlah jaminan sumbangan itu akan diteruskan pada aksi di Liga Malaysia.
– Kelibatnya begitu berbeza jika dibandingkan dengan Dickson Nwakaeme yang lebih dominan berbanding pemain yang hanya meledak enam gol dari sembilan penampilan bersama Tok Gajah musim ini.
– Secara jujurnya Carlos bukanlah pemain import yang berjaya mencipta nama bersama Tok Gajah jika dibandingkan dengan penyerang import dari Argentina Matias Ruben Conti yang ditandatangani yang hadir memperkuatkan Pahang pada 2013.
Nama penuh : Ivan Carlos Franca Coelho
Umur : 31 tahun
Asal : Brazil
Posisi : Penyerang
Ketinggian : 1.85 m
Pasukan semasa : Pahang FA
Pasukan terdahulu : AEL Limassol

> FELIX CHIDI ODILI
– Penyerang kelahiran Nigeria ini tenggelam dalam prestasi yang diharapkan peminat The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia musim ini khususnya Liga Premier.
– Hanya empat gol dijaringkan hasil 11 penampilan bersama skuad bimbingan Yusri Che Lah mencerminkan kualiti sebenar dimiliki pemain yang hanya memiliki ketinggilan 1.73 m yang dilihat tidak begitu ideal untuk menggalas tugas selaku penggempur pasukan.
– Jarang sekali pemain TRW menyebut nama pemain ini untuk diberikan sanjungan dan penghargaan malah lebih ramai yang mempersoalkan dimanakah silapnya
Nama Penuh : Felix Chidi Odili
Umur : 30 Tahun
Asal : Nigeria
Posisi : Penyerang
Ketinggian :1.73 m
Pasukan semasa : Kelantan FC
Pasukan terdahulu : Neroca FC (Liga India)

> LAZARUS KAIMBI
– Bekas penyerang import pasukan Pahang, Lazarus Kaimbi ini kembali ke saingan Liga Malaysia menyertai Kelantan bagi menggantikan Christopher Jackson yang mengalami kecederaan.
– Sama ada lambat panas untuk menyesuaikan diri atau sememangnya inilah prestasinya yang sebenar dengan hanya meledak dua gol dari 11 penampilan ianya sesuatu yang mengecewakan jika dibandingkan dengan barisan pemain tempatan khususnya pemain muda.
– Tenggelam pada awal musim dan hanya kelihatan dipenghujung saingan, sudah terlambat buat pemain ini untuk memikat hati pemilik baharu Kelantan FC, Norizam Tukiman yang secara jelas memberikan bayangan tidak akan mengambil pemain yang gagal memberikan impak buat pasukan pada musin depan
– Pergerakan yang sedikit lambat selain kurang bijak membuat keputusan apabila bola berada dikakinya dilihat antara faktor utama yang perlu difikirkan pengendali baharu Kelantan FC.
Nama Penuh : Lazarus Kumbe Kaimbi
Umur : 32 Tahun
Asal :Namibia
Posisi : Serangan
Ketinggian : 1.71 m
Pasukan semasa : Kelantan FC
Pasukan terdahulu : Pahang FA

> SYLVANO DOMINIQUE COMVALIUS
– Entah dimana silapnya pemain yang memiliki banyak pengalaman berakdi di Thailand, Indonesia, Jerman dan Belanda ini tidak menonjol di Malaysia.
– Dibawa masuk sebagai gandingan De Paula yang ketika itu masih belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan, impak diberikan pemain ini gagal apabila hanya menjaringkan satu gol dari penampilan bersama Kuala Lumpur.
– Adakah dia memerlukan masa untuk betul-betul serasi bersama rakan sepasukan kerana jika dilihatkan perkembangan terkini penyerang ini yang bermain dengan kelab Sliema Wanderers Football Club (Malta) hanya menjaringkan satu gol dari enam penampilan.
Nama Penuh : Sylvano Dominique Comvalius
Umur : 33 Tahun
Asal : Belanda
Posisi : Serangan
Ketinggian : 1.92 m
Pasukan terdahulu : Suphanburi (Liga Thailand)
Pasukan semasa : Kuala Lumpur (2019)





Add Comment