Antarabangsa Bola Sepak

Barnsley intai Balotelli

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barnsley tagih kepakaran Balotelli.

MARIO Balotelli kini dikatakan sedang mengadakan rundingan dengan kelab bergelut Liga Kejuaraan, Barnsley dan berkemungkinan kembali semula ke bumi England.

Pemain Itali yang terkenal gelaran budak jahat ini menerima tawaran daripada The Tykes apabila ejen Balotelli dan pengerusi bersama Oakwell Chien Lee dan Paul Conway telah membincangkannya perkara berkenaan baru-baru ini.

Balotelli, 30 merupakan pemain berstatus bebas apabila kontrak dengan kelab Brescia ditamatkan kerana dia berulang kali ponteng latihan pada bulan Jun dan Julai.

Ketika ini, dia berlatih dengan sebuah kelab Serie D. Sepanjang karier, Balotelli pernah mewakili Milan, Manchester City, Liverpool, Nice, Marseille dan Brescia.

Tetapi, Barnsley percaya bekas pemain antarabangsa Itali itu dapat meningkatkan peluang mereka untuk terus bertahan di Liga Kejuaraan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: