Bola Sepak Semasa Terkini

King is comeback !!!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selepas hampir setahun tidak mewarnai saingan Liga Malaysia, Rajagobal tidak menolak kemungkinan akan kembali membimbing pasukan musim depan.

BEKAS pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak menolak kemungkinan akan membimbing pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Masih belum membuat keputusan mengenai pasukan yang bakal dilatihnya, bekas pengendali PKNS FC, Sarawak, Selangor dan Harimau Muda A ini kini masih berkira-kira mengenai perkembangan bola sepak Malaysia semasa ketika ini yang berada dalam situasi pandemik Covid-19.

“Dalam keadaan sekarang ini , pergerakan kita semua terhad, saya masih belum buat sebarang keputusan, selepas setahun berehat, memang ada hasrat ingin kembali mewarnai kancah bola sepak, bukan sahaja Malaysia tetapi luar negara.

“Belum buat keputusan kerana saya perlu lihat situasi semasa Covid-19 yang kita semua tahu ia memberikan kesan kepada perjalanan Liga Malaysia ketika ini.

“Kalau masa tak izinkan buat masa ini mungkin saya boleh membantu berkongsi pengalaman dalam bidang sukan,” ujarnya baru-baru ini.

Diminta mengulas kemungkinan membimbing Kuala Lumpur, Rajagobal menyifatkan khabar angin seumpama ini sememangnya tidak dapat dielakkan.

“Kita sebagai jurulatih sememangnya bersedia dan sentiasa bersemangat,” ujarnya.

Selain dikaitkan membimbing Kuala Lumpur dan Petaling Jaya City FC, pengendali yang memiliki pengalaman hampir 20 tahun ini turut dikaitan dengan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super India (ISL).

Untuk rekod, Rajagobal memulakan karier kejurulatihan bersama PKNS FC pada 1990 hingga 1998 diikuti Selangor (1999-2000); Kelantan (2001-2002); Sarawak (2015-2016) sebelum kembali mengemudi PKNS FC (2017-2019).

Dalam tempoh itu juga, Rajagobal pernah membimbing skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara dari 2004 hingga 2006; Harimau Muda A (2007-2009), skuad B-23 negara (2009-2011) dan skuad senior Harimau Malaya (2009-2013).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: