
TAK tahu nak cakap apa lagi apabila dua sepakan penalti yang diambil oleh Sergio Ramos gagal merobek gawang Switzerland.
Jurulatih kebangsaan Sepanyol, Luis Enrique,bagaimanapun mempertahankan kegagalan Ramos.
Pada aksi di St. Jakob-Park pagi tadi, kedua-dua pasukan seri 1-1.
“Bola sepak adalah sukan yang luar biasa, tapi kadang-kadang itu tidak adil dan kami melihatnya pada keputusan akhir.
“Kegagalan Ramos bukan urusan saya. Dia telah mencetak 25 penalti berturut-turut. Benda ini biasa terjadi dalam bola sepak.
“Jika kami mendapat penalti ketiga atau keempat, Ramos akan mengambilnya,” kata Enrique dalam wawancara selepas pertandingan, yang dipetik dari Football Espana.
Sepanyol kini turun ke tangga kedua Kumpulan 4 selepas mengumpulkan lapan mata.
Add Comment