
TINDAKAN membatalkan kejohanan Piala Malaysia dan tidak membenarkan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk bertanding di Liga Juara-Juara AFC adalah satu keputusan yang berat untuk diterima.
Itu kata DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini
Bagaimanapun, Tunku Ismail menyifatkan ia satu keputusan tepat yang diambil pihak kerajaan.
“Saya yakin kerajaan telah melakukannya demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia termasuk keluarga-keluarga semua pihak terbabit kerana kes-kes Covid-19 semakin meningkat dan situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup jika berterusan.
“Sesiapa sahaja tidak terlepas dari ancaman Covid-19. Sebagai contoh pemain bintang Mesir, Mohamad Salah juga telah disahkan positif apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.
“Ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan kita tidak boleh mengambil sebarang risiko,” katanya.
Malah katanya, Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT juga menyatakan kekecewaan kelab kerana musim 2020 berakhir begitu sahaja.
“Tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan dan memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting demi masa depan negara,” katanya lagi.





Add Comment