Bola Sepak Semasa Terkini

Slot Piala AFC 2021 milik TFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TERENGGANU FC (TFC) yang menduduki tangga ketiga CIMB Liga Super, meraih slot Piala AFC 2021 sejurus pembatalan TM Piala Malaysia 2020 berkuatkuasa hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas juga memutuskan bahawa tempat ketiga CIMB Liga Super iaitu TFC akan mendapat slot Piala AFC 2021 selepas TM Piala Malaysia 2020 dibatalkan.
“Tahun ini adalah detik cukup sukar buat bola sepak di mana banyak kekangan dan halangan yang kita tempuhi tetapi saya berharap kita semua kekal patuhi SOP serta harus bangkit untuk memutuskan rantaian COVID-19 dalam misi memastikan bola sepak tempatan kembali bernyawa.
“Saya juga berharap pasukan-pasukan yang telah menamatkan kempen Liga Malaysia 2020 akan bersedia untuk persiapan musim 2021,” katanya.
Sebelum itu, Ab Ghani mengumumkan pembatalan saingan Piala Malaysia musim ini selepas kerajaan tidak membenarkan kejohanan itu dilangsungkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara, kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.

 

Beliau menjelaskan keputusan itu terpaksa dilakukan kerana tidak boleh lagi menangguhkan kejohanan itu ke bulan lain selepas kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: