Bola Sepak Terkini

JDT, Kedah, Pulau Pinang isi slot Suku Akhir


Arif Aiman meledak gol tunggal kemenangan memastikan kemaraan JDT ke pentas suku akhir Piala Malaysia.

JOHOR Darul Tak’zim, Kedah dan Pulau Pinang menepati ramalan ke pentas suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi pusingan pertama sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Dato Hassan Yunos, Larkin, JDT yang merupakan penyandang juara berdepan sedikit kesukaran apabila berdepan pasukan Liga Perdana, Kuching FA dengan pemain muda, Arif Aiman Hanapi menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke 19 .

Walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan, anak didik Benjamin Mora gagal menterjemahkan gol walaupun memiliki beberapa peluang keemasan didepan gawang pelawat.

Barisan pemain Kedah meraikan gol kedua yang jaringan gol Kpah Sherman.

Saingan di Stadium Darul Aman dilihat lebih mendebarkan khususnya buat tuan rumah yang selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Shakir Hamzah (m17), Kpah Sherman (m35) dan Tchetche Kipre (m44).

Namun Pahang yang dibimbing Dollah Salleh mula mempamerkan semangat juang dan mereka berjaya memperolehi dua gol menjelang pada babak kedua melalui tandukan Muslim Ahamad (m50) dan pemain gantian Faizal Abd Rani ketika perlawanan berbaki tiga minit untuk ditamatkan.

Sebelum itu, Dickson Nwakame seharusnya merapatkan kedudukan dengan menjaringkan gol kedua namun sepakan penalti yang diambilnya gagah menerjah jaring gol tuan rumah.

Pertembungan juara Liga Premier 2020, Pulau Pinang dengan Felda United di Stadium Bandaraya juga tidak kurang hebatnya dengan empat gol terhasil sepanjang perlawanan yang dilihat seimbang buat kedua-dua pasukan.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan melalui penyudahan sempurna ayam tambatannya, Casagrande pada minit ke 37 sebelum Felda United kembali merapatkan kedudukan selang empat minit selepas babak kedua bersambung.

Gol tersebut nyata menyentak semangat pemain tuan rumah yang bangkit semula mengatur gerakan memburu gol dan akhirnya dua gol terhasil melalui jaringan Amer Azahar (m62) sebelum Lee Changhoon melengkapkan malam gemilang Pulau Pinang untuk gol ketiga pada minit ke 76 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

 

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading