Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Hatrik Rashford belasah Leipzig

Ledakan hatrik Rashford memastikan kemenangan bergaya 5-0 mengatasi RB Leipzig.

HATRIK daripada Marcus Rashford membolehkan Manchester United membelasah kelab Jerman, RB Leipzig 5-0 awal pagi tadi.

Beraksi di Old Trafford, hanya satu gol terhasil pada separuh masa pertama menerusi sentuhan Marcus Greenwood.

Kemudian, bersambung 45 minit berikutnya, permainan The Red Devils berubah dengan aksi bertali arus sehingga Rashford menghasilkan jaringan pada minit ke-74, m-78 dan penghujung permainan.

Anthony Martial tidak ketinggalan mengukir nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan penalti untuk meletakkan Manchester United di puncak Kumpulan H.

Sementara itu, Paris Saint-Germain kembali dilandasan kemenangan selepas menundukkan kelab Turki, Istanbul Basaksehir 2-0 di laman lawan.

Moise Kean menjaringkan kedua-dua gol masing-masing pada minit ke-64 dan m-79.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: