Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Krisis pertahanan Liverpool semakin parah

Fabinho mengalami kecederaan pada aksi menentang Midtjylland yang berkesudahan kemenangan 2-0,awal pagi tadi.

PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp ada senarai baharu pemain yang mengalami kecederaan apabila tonggak Brazil, Fabinho
mengalami hamstring pada aksi Liga Juara-Juara menentang Midtjylland, awal pagi tadi

Pemain tengah itu mengisi tempat Virgil Van Dijk di bahagian pertahanan yang tersisih lama sejak berdepan kecederaan lutut yang serius dalam derby Merseyside.

“Saya tahu dia alami hamstring, dan itu tidak bagus. Dia mengatakan dia boleh bermain tetapi tidak ada kepantasan pula.

“Kami akan melihat, kami akan tahu lebih lanjut setelah melakukan imbasan tetapi jelas ia tidak bagus (kecederaan),” kata Klopp
dipetik Reuters.

Dengan pertahanan tengah, Joel Matip juga masih dihantui dengan kecederaan, Klopp melakukan eksperimen membawa masuk pemain remaja Rhys Williams untuk bergandingan dengan Joe Gomez di bahagian belakang.

“Rhys Williams, dia baru berusia 19 tahun dan saya rasa dia bermain lebih banyak permainan Liga Juara-Juara daripada permainan Liga Perdana Inggeris – itu jarang berlaku.

“Kami melakukannya dengan sangat baik tetapi sangat mengejutkan pasukan kerana sekarang ini saya harus menyelesaikan masalah kecederaan yang menimpa Liverpool,” ujarnya.

Klopp membayangkan bahawa juara Liga Perdana Inggeris itu berada dalam tempoh yang sukar saat ini.

“Itu adalah malam yang sukar. Ini seperti dalam perkahwinan, ada masa yang baik dan buruk. Ini bukan masa yang buruk tetapi ini adalah masa yang sukar.

“100 peratus kita harus terus bersama dan berjuang lebih keras dan itulah yang dilakukan pemain malam ini,” katanya.

Kecederaan yang dialami Fabinho mungkin akan menyingkirkannya dari perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 untuk skuad Brazil menentang Venezuela dan Uruguay.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: