Badminton

Bolehkah Chelsea juarai EPL 2020/21 ?

BEKAS pemain Liverpool, Jamie Carragher, memberikan jangkaannya mengenai peluang Chelsea untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/2021.

Carragher yang ketika ini menjadi pemerhati sukan itu mengakui tidak yakin Chelsea bakal menjadi pencabar gelaran EPL walaupun sudah mendatangkan beberapa pemain ternama.

The Blues telah merekrut enam pemain yang akan memperkuatkan pasukan mengarungi musim 2020/2021.

Enam pemain tersebut adalah Timo Werner, Hakim Ziyech, Ben Chilwell, Thiago Silva, Malang Sarr dan Kai Havertz.

Kelima-lima mereka akan memperkuatkan Chelsea pada musim ini manakala Malang Sarr akan dipinjamkan ke kelab lain selama satu musim untuk menambah minit bermain dan pengalamannya.

Carragher turut menganggap belanja besar Chelsea itu belum mampu membuat mereka bersaing dengan Liverpool dan Manchester City.

Menurutnya lagi, para pemain baharu itu memerlukan masa untuk beradaptasi dengan strategi Frank Lampard dan bola sepak Inggeris.

Bagaimanapun, lelaki berusia 42 tahun itu meramalkan Chelsea akan menamatkan di posisi keempat pada akhir musim 2020-2021, di belakang Manchester United.

“Chelsea telah merekrut beberapa pemain bagus, tetapi membuat mereka semua menyesuaikan diri dengan pasukan secara cepat tidak mudah dan kami tahu bagaimana (Kai) Havertz, (Timo) Werner, dan lainnya akan beradaptasi dengan bola sepak Inggeris.

“Chelsea juga masih berdepan masalah besar dengan penjaga gawang mereka. Sehingga perkara ini tidak diperbaiki, saya tidak melihat mereka akan mendekati Man City atau Liverpool.

“Itu sebabnya saya menyokong Manchester United untuk menamatkan kempen di atas Chelsea lagi,” kata Jamie Carragher dipetik TeamTalk.

Berbicara lanjut mengenai Manchester United, Carragher menegaskan kehadiran Bruno Fernandes akan membantu The Red Devils menuai banyak kejayaan.

“Fernandes datang ke Man United, menunjukkan bahawa kehadiran satu pemain berkualiti dapat memberikan perbezaan besar.

“Jika Man United boleh mendapatkan Jadon Sancho dan bek tengah yang bagus, mereka akan lebih dekat dengan Liverpool dan Man City. Namun, masih sukar melihat mereka akan menjadi pencabar gelaran,” ujar Jamie Carragher.

Kehadiran Fernandes ke Man United dilihat memberikan impak besar buat pasukan.

Sepak mula kancah Liga Inggeris akan bermula akhir minggu iaitu pada 12 September 2020.

Chelsea akan bersua muka dengan Brighton & Hove Albion di Stadium Falmer, manakala Manchester United akan melayan kunjungan Crystal Palace pada 19 September 2020.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: