Bola Sepak Terkini

TSAM teringin terajui KLFA dan KAFA


Kelantan antara pasukan yang menarik perhatian Annuar.

BAPA pembangunan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengakui masih lagi berminat menjadi pemimpin badan induk mana-mana persatuan bola sepak tetapi hasrat tersebut sukar untuk direalisasikan ketika ini.

Menjadi Presiden KAFA ketika era gemilang dengan menjulang gelaran Treble 2012, Annuar yang kini memegang jawatan selaku Menteri Wilayah Persekutuan tidak menyembunyikan keinginannya untuk kembali ke kancah bola sepak tempatan.

Ujar Annuar,  antara persatuan yang menarik perhatiannya adalah Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetapi statusnya sebagai menteri Kabinet telah menghalang hasrat tersebut.

“Mereka ada datang berjumpa dengan saya dan bertanya bagaimana untuk saya melibatkan diri pada KLFA. Dari segi peraturan saya tidak boleh melibatkan diri dalam KLFA nak sekalikan tanggungjawab sebagai Menteri, dia bukanlah jawatan automatik, ada perlembagaan sendiri dan pemilihan.

“Saya tak nak usik jadi biarlah proses itu berjalan sendiri lagi pun tempoh memimpin belum habis jadi biar mereka jalankan tugas mereka.

“Walaupun KLFA satu persatuan bola sepak yang mewakili Kuala Lumpur dan secara keseluruhannya berstatus negeri tetapi ia tidak dimiliki KWP dan bukan masuk dalam bidang kuasa kementerian.

“Kalau ikutkan memang teringin nak campur tangan, supaya nak tengok KLFA duduk teratas. Bola ini memang ketikanya ada ‘gila’ dan gian satu macam teringin bukan sahaja KLFA tetapi juga Kelantan tetapi ia di luar tugas kementerian,”  katanya pada sidang akhbar selepas sesi Townhall sempena Majlis Pelancaran Penjenamaan Wilayah Persekutuan sebagai Wilayah Prihatin di Menara Seri Wilayah di sini, hari ini.

Annuar yang juga bekas Timbalan Presiden FAM berkata, walaupun KLFA tidak diuruskan oleh KWP namun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih sudi menghulurkan bantuan dari segi fasiliti stadium dan penajaan kira-kira RM5 juta.

Jelasnya, bantuan itu sekali gus menunjukkan bahawa KWP dan DBKL komited untuk membantu KLFA sepanjang tahun.

“Saya ingat keseluruhan stadium itu diberi kepada satu persatuan sukan.

“Saya di Kelantan dulu tak dapat uruskan stadium, hanya satu perlawanan demi perlawanan, tapi DBKL bagi stadium untuk diuruskan malah tolong bayar lagi,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d