Pelbagai

KBS salur Inisiatif Prihatin Sukan 2020 bernilai RM10 juta

Wan Ahmad Fayhsal menyerahkan surat kelulusan Inisiatif Prihatin Sukan 2020.

SEBANYAK 50 persatuan dan kelab sukan yang berdaftar bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) merangkumi Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Persatuan Sukan Untuk Semua menerima surat kelulusan di bawah Inisiatif Prihatin Sukan 2020.

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 yang dilancarkan pada 17 Jun 2020 merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam memberikan sinergi baharu pasca Covid-19 dalam kalangan pemegang taruh terutamanya persatuan dan kelab sukan serta rekreasi di semua peringkat di mana sehingga 15 Ogos 2020, sebanyak 579 permohonan telah diterima.

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan di bawah inisiatif ini merangkumi RM2 juta bagi bantuan pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan, RM5 juta bagi bantuan menjalankan program & aktiviti dan RM3 juta bagi bantuan pendigitalan sukan serta pengkomersialan (R&D) sukan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sehingga 19 Ogos 2020, sebanyak RM2 juta kelulusan telah dipertimbangkan menerusi satu Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KBS.

“Lebih banyak persatuan dan kelab sukan akan menerima manfaat kerana KBS masih lagi mempertimbangkan pemberian kelulusan kepada permohonan yang layak secara berperingkat,” tegasnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: